Wednesday, 22 June 2011

AKU DAN SAWAH PADI ....

Masa kecil dahulu aku membesar dalam dua situasi. Hidup dikelilingi oleh pohon-pohon getah dan kelapa sawit yang dipanggil ESTET dan di sawah padi kepunyaan Datuk di kampung. Kedua-duanya dulu yang kuanggap sekadar dunia permainan teng-teng, galah panjang dan sembunyi2 itu rupa-rupanya barulah kusedar ianya adalah sumber penting bumi yang kupijak ini, MALAYSIA!!!

Di estet aku biasa bergaul dengan kawan-kawan yang kebanyakkannya Melayu, Cina dan India. Kami berkawan baik malah semua ahli keluarga umpama gabungan sebuah keluarga yang besar. Sehingga sekarang aku tidak kekok bergaul dengan apa bangsa jua. Paling best bila perayaan, sama-sama dapat merasa kuih masing-masing. Pagi-pagi lagi ibubapa kami sudah sibuk bersiap ke ladang getah dan kelapa sawit untuk bekerja. Ada juga kawan-kawan yang mengikut ibubapa mereka sementara menunggu waktu sekolah di sesi petang. Hujung minggu atau waktu cuti sekolah pula aku pasti ke kampung Datuk yang hanya beberapa kilometer dari estet tu.

Di kampung, Datuk mengusahakan sawah padi dan ladang getah. Tapi aku lebih tertarik dengan aktiviti di sawah. Ibu juga turut serta baik waktu menanam padi ataupun menuai. Masa tu cara manual digunakan ... itu yang disebut 'membanting tulang!'.. aku????... nun di taliair ditepi sawah dengan beberapa orang sepupu.. apa yang kami buat?... apa lagi, tangkap ikan le..kadang-kadang memancing.. nak best lagi, pergi ke parit-parit @ longkang kecil disepanjang sawah tu, cari buih-buih kecil yang timbul dicelah pokok-pokok dan .....sauk!!!.. haa..dapat ikan laga!! BETTA FISH orang sekarang ni panggil.Berbalang-balang kami kumpul .. ada masa kami lawan laga ikan tu!!

Datuk proses semuanya secara manual proses padi  hingga menjadi beras. Mesin kayu yang digunakan untuk menumbuk beras di dalam lesung batang kayu, itu yang masih ku ingat. Tapi sayang, mungkin tiada siapa yang terfikir bahawa peralatan-peralatan tradisional itu akan menjadi barang berharga sekarang. Jadi entah kemanalah perginya alat tu... Datuk simpan padi yang telah diproses dan dipanggil beras di dalam kepuk padi di belakang rumah. Ia seperti sebuah pondok kecil dan dalam erti kata moden 'stor padi'. Beras diambil mengikut First In First Out (FIFO) yakni beras yang lama digunakan dahulu dan yang baharu disimpan untuk kemudian hari. Bagaimanapun ada jenis beras tertentu, kata orang Kedah "Beras Baru" .. beras ni wangi dan lebih sedap. Masa proses padi menjadi beras ni umpama satu pesta dan kenduri.. riuh rendah emak dan saudara-saudaranya bergotong royong. Jadi kami yang budak-budak ni memang kenyang lah .. pergi main kat sawah dan tali air, lapar lari balik isi perut dan lepas tu sambung bermain lagi.

Ada satu lagi yang aku "miss" sangat-sangat ... batang padi yang hijau lagi tu boleh dibuat serunai ..  kuat dan sedap bunyi nya...Tak tahulah aku reti buat lagi ke tidak ... pokok padipun dah lama tak tengok... rindu pula nak balik kampung!!! tapi .. sekadar tengok sawah padi orang sajalah sebab sawah padi Datuk sudah lama tidak diusahakan dan kini telah terbentang 'highway' di atasnya ...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...