JOM MAKAN

Antara hidangan yang boleh dimakan dari pagi hingga ke malam. Resepi mudah dari bahan asas beras yang ditanak atau dikukus dengan santan. Dimakan bersama telur rebus @ telur goreng, daging yang digoreng, rendang, kari atau ayam goreng (paling best kalau dapat ayam goreng berempah, sotong kembang yang dibuat sambal, kacang goreng, hirisan timun, tempe atau apa saja lauk pauk memang sesuai dipadankan dengan nasi lemak. TAPI yang penting bahan asas lagi satu yang penting ialah sambal.. kalau tak ada sambal memang tak 'kick' .. dimakan samada terus dihidang dalam pinggan atau daun pisang atau dizaman moden ni guna kertas pembungkus saja. Tapi lagi sedap kalau dibungkus dengan daun pisang sebab bau atau aroma nasi lemak tu jadi wangi.

Ini adalah makanan tradisional orang Melayu tetapi digemari oleh semua golongan dan kaum. Dari kanak-kanak hingga dewasa dan semua kaum di Malaysia menggemarinya. Nampaknya sekarang pelancong pun dah mula menggemari nasi lemak. Paling popular di Malaysia adalah Nasi Lemak Antarabangsa yang terdapat di Kampung Melayu Pandan di Kuala Lumpur.. Tapi bagi saya yang jauh dari Kuala Lumpur, nasi lemak buatan sendiri paling sedap!! Ha ha .. siapa lagi nak puji kita?!?!

Go to fullsize imageGo to fullsize imageGo to fullsize imageGo to fullsize imageGo to fullsize imageGo to fullsize imageGo to fullsize imageGo to fullsize imageGo to fullsize imageGo to fullsize imageGo to fullsize imageGo to fullsize imageGo to fullsize imageGo to fullsize image

Ingin mencuba, boleh cuba resepi saya di blog http://www.faizfunhome.blogspot.com/

MALAYSIA adalah syurga makanan. Rakyatnya yang terdiri dari berbilang kaum dan bangsa (itu belum dikira yang berkahwin campur) menghasilkan satu perkongsian citarasa. Kami berkongsi rasa makanan tradisional bangsa-bangsa lain di Malaysia. Bukan setakat beramah mesra, malah tinggal dalam satu daerah dan wilayah yang sama, sama-sama pergi kesekolah yang SAMA, sama-sama menyambut HARI KEMERDEKAAN, sama-sama menyambut HARI PERAYAAN malah SAMA-SAMA meraikan hari perkahwinan rakan-rakan dari berlainan kaum ... semuanya dengan penuh rasa HORMAT-MENGHORMATI dan KASIH SAYANG .. UNIKnya MALAYSIA .. 

Paling seronok untuk diceritakan, antaranya MAKANANlah yang menjadi penyatuan KEHARMONIAN kini ... tanyalah pada kaum mana jua, mereka pasti menggemari makanan yang bukan asalnya makanan tradisional mereka ... tak percaya??? tengok lah ...

Satay : makanan orang Melayu yang cukup terkenal dengan keenakan rasa daging ayam, daging lembu dan pelbagai bahan dicicah dengan kuah kacang serta bahan sampingan seperti ketupat nasi, bawang serta timun. Aroma sate yang dibakar sudah cukup untuk membangkitkan selera makan ... orang Malaysia malah pelancung tidak akan melepaskan peluang makan sate ini...  antara satay yang popular Satay Kajang  (www.sataykajang.com.my)
PASEMBUR : sangat terkenal di Pulau Pinang ... makanan masyarakat India Malaysia ... Campuran bebola ikan, sosej,telur, kentang rebus, tepung (dlm bentuk kepingan dan bulat yang dipanggil cucur) dan pelbagai bahan digoreng dan dimasukkan daun salad serta hirisan timun dan dicicah kuah khas.... memang sedap ... nak lagi best, pergi ke tempat dimana asalnya (di Malaysia ye) ..di Padang Kota, Pulau Pinang... Tapi sebenarnya sekarang ni mana-mana di Malaysia anda boleh menikmati hampir apa saja jenis makanan tidak kira di negeri mana anda berada ... Syurga Makananlah dikatakan....STEAMBOAT : resepi istimewa orang Cina kini dinikmati semua bangsa. Bekas seperti periuk dibahagikan kepada beberapa bahagian dengan setiap bahagian berisi kuah pelbagai perisa... Kuah yang panas-panas, kita masukkan makanan pilihan kita dari seafood (udang, sotong, ikan), sayur-sayuran, sosej, crabstick, aneka mee dan bihun ... sesudah dicelur kedalam kuah bahan pilihan, ceduk, isi kedalam mangkuk dan nikmatinya bersama keluarga atau rakan. Memang terdapat banyak restoran steamboat di Malaysia. Malah sudah banyak restorannya adalah berlogo 'HALAL'.
ROTI CANAI : makanan orang India tetapi menjadi santapan untuk sarapan, makan petang malah waktu malam orang Malaysia. Dicicah dengan kuah dal, kari ikan atau daging serta sambal ikan bilis. Ada banyak variasi dari roti canai ni. Antaranya  ROTI TISU : sama juga..dicicah dengan kuah-kuah tadi. Bezanya ianya nipis dan sedikit manis kerana dibahagian dalamnya disaluti dengan gula.

.ROTI NAN boleh dicicah dengan kuah-kuah yang sama dan sedap juga dimakan dengan ayam tandoori dan gulai daging kambing...Tapi jangan lupa, PEKENA TEH TARIK KURANG MANIS SATUUUUUU!!!!!  (itulah senario yang biasa terdapat di KEDAI MAMAK.... salah satu pusat syurga makanan yang popular di Malaysia)
MEE KOLOK makanan popular di Sarawak... Campuran mee kolok, sayuran dan daging dan dituangkan kuah sup .. sedap makan panas-panas. Jika ingin sedikit pedas, masukkan saja sos kicap bercili ... Juga kini mudah didapati di Semenanjung Malaysia namun kebanyakkan pengusaha makanan ini adalah orang Cina...
KEK LAPIS SARAWAK jika dulu menjadi hidangan istimewa hasil airtangan orang Sarawak yang kreatif, bukan saja dari segi rupanya yang bewarna-warni tetapi rasanya yang pelbagai.. kini boleh dinikmati setiap hari .. malah bukan saja boleh didapati hanya di Sarawak, tetapi juga di Semenanjung Malaysia... Pelbagai warna, corak, perisa dan saiz ... semuanya atas pilihan anda..
POKOK BULUH : banyak makanan dihasilkan dengan menggunakan buluh sebagai 'pengganti periuk' atau 'kuali'... inilah hasil kreativiti orang Malaysia dimana semua kaum dapat menikmati
keenakkan makanan tersebut.
: LEMANG : resepi dari datuk nenek orang Melayu .. dibuat dari beras pulut bersama santan dan garam. Diisikan kedalam batang buluh yang dipotong beralaskan gelungan daun pucuk pisang. Sedap dimakan dengan rendang daging/ayam, serunding ataupun kari... tapi kalau orang sebelah Utara Semenanjung Malaysia (Kedah dan Perlis)..makan lemang cicah dengan susu pekatpun SEDAP!!!!
 ayam dimasak dalam buluh..SEDAP!!!PUTU BULUH :  biasanya untuk sarapan pagi atau waktu petang... rasa lemak-lemak manis dari campuran kelapa dan tepung dengan inti gula merah dibahagian tengahnya..
Acuan putu buluh ini dari ruas-ruas buluh yang dipotong.

REBUNG BULUH : melalui beberapa proses dan biasanya dipotong dalam bentuk kepingan. Dimasak terus secara segar (pelbagai resepi dari rebung buluh boleh diperolehi terutama dari menu orang Melayu dan Cina)
atau rebung dijadikan jeruk (diperam dalam tempoh tertentu sebelum digunakan dalam masakan)
 KUIH CHANG: makanan kaum Baba dan Orang Cina... resepi berasaskan beras pulut berintikan kacang merah, daging, ayam atau sebarang perasa dan perisa kegemaran.  Ramai juga orang Melayu dah mula mencuba-cuba resepi ni.. malah rakan-rakan berbangsa Cina Atau yang berketurunan BabaNyonya juga sering memberi pada jiran-jiran. Tak perlu risau kerana di Malaysia, yang bukan Islam memahami keperluan yang Islam.. Kebanyakkan  mereka faham erti halal yang sebenar.
BURASAK : kegemaran orang Bugis di Malaysia. Sering menjadi hidangan wajib dimajlis-majlis keraian. Sedap dimakan dengan pelbagai jenis lauk pauk. Asasnya seperti nasi lemak, tetapi dibungkus sebegitu rapi, direbus dalam jangkamasa yang lama sehinggalah nasi menjadi mampat.  Rasanya yang lemak, masin dan manis amat sesuai sebagai hidangan utama.
Terlalu banyak untuk disenaraikan. Orang Malaysia sememangnya bersikap lebih terbuka dalam memilih makanan ... ingin mencuba!!!! Bagi yang beragama Islampun tidak terlepas dari trend tersebut asalkan tidak lari dari batasan dan norma-norma keislaman itu sendiri. 
 Dari menu hidangan pagi hingga ke malam, sebagai santapan harian hingga ke kenduri kendara, baik di buat sendiri atau dibeli dari pengusaha kecil-kecilan dirumah, ditepi jalan, di pasar-pasar, restoran-restoran sehinggalah ke hotel-hotel terkemuka.. Malaysia sememangnya SYURGA MAKANAN DUNIA ....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...