Jarak LEGOLAND (Nusajaya) tak jauh dari rumahku. Tak sampai 10 minit dah boleh memijakkan kaki ke LEGNOLAND / Nusajaya. Lalulintas dikawasan perumahanku yang dulu tenang kini begitu sibuk sekali ... kedai-kedai, pejabat dan perumahan tumbuh bagai cendawan dimusim hujan dengan harga yang menjulang-julang tinggi. Hmmmm.. ramai yang kata bagus untuk pelaburan kalau dapat beli aset hartanah di daerah ini... (antaranya Bukit Indah, Horizon Hills, Nusa Idaman ... banyak lagilah nak disenaraikan.
Ternyata walau belum siap sepenuhnya tetapi kerancakan dan bahang keseronokan sudah mula menular disanubari warga Johor bahkan seanterio dunia. Projek ni bertaraf dunia, tentu ramai yang nak 'merasa' .... cuba anda lihat laman tentang LEGOLAND ... Haaa... kan dah kata, mesti teruja punya!!!!
Antara yang bakal anda saksikan apabila LEGOLAND dibuka pada orangramai.
TERUJAkan!!!??
Ini adalah antara bangunan pentadbiran kerajaan...
Percaya pada mata anda!!! ... Ini adalah gambaran sebenar dan bukannya lukisan!!